Tuesday, June 19, 2012 - Permalink - 0 Comments kalau sayang kan ibu, baca la, tak lama pun~ Orang kata, aku lahir dari perut IBU! (bukan orang kata, memang betul pun)
Bila dahaga, yang susukan aku, IBU!
Bila lapar, yang suapkan aku, IBU! Bila keseorangan, yang sentiasa di samping ku, IBU! Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut, IBU! Bila bangun tidur, aku cari, IBU! Bila nangis, orang yang pertama datang, IBU! Bila nak bermanja, aku dekati, IBU! Bila nak bergesel, aku duduk sebelah, IBU! Bila sedih, yang boleh memujukku hanya, IBU! Bila nakal, yang memarahi aku, IBU! Bila merajuk, yang memujukku cuma, IBU! Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah, IBU! Bila takut, yang tenangkan aku, IBU! Bila nak peluk, yang aku suka peluk, IBU! Aku selalu teringatkan, IBU! Bila sedih, aku mesti telefon, IBU! Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu, IBU! Bila bengang, aku suka luah pada, IBU! Bila takut, aku selalu panggil "IBUUUUUU!!!!" Bila sakit, orang paling risau adalah, IBU! Bila nak exam, orang paling sibuk juga, IBU! Bila buat hal, yang marah aku dulu, IBU! Bila ada masalah, yang paling risau, IBU! Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini, IBU! Yang selalu masak makanan kegemaranku, IBU! Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk-pauk, IBU! Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, IBU! Yang selalu berleter kat aku, IBU! Yang selalu puji aku, IBU! Yang selalu nasihat aku, IBU! Bila nak kahwin, orang pertama ku tunjuk dan rujuk, IBU! Aku ada pasangan hidup sendiri. Bila seronok, aku cari, pasanganku. Bila sedih, aku cari, IBU! Bila berjaya, aku ceritakan pada, pasanganku. Bila gagal, aku ceritakan pada, IBU! Bila bahagia, aku peluk erat, pasanganku. Bila berduka, aku peluk erat, IBUku! Bila nak bercuti, aku bawa, pasanganku. Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah, IBU! Bila sambut valentine, aku bagi hadiah pada pasanganku. Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan " SELAMAT HARI IBU!" Selalu, aku ingat pasanganku. Selalu, IBU ingat kat aku. Bila-bila, aku akan telefon pasanganku. Entah bila, aku nak telefon IBU! Selalu, aku belikan hadiah untuk pasanganku. Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk IBU! RENUNGKAN: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk IBU?? IBU bukan nak banyak, 50 ringgit sebulan pun cukuplah" Berderai air mata jika kita mendengar nya. Tapi kalau mak sudah tiada: "IBUUUUU! Rindu IBUUUUU! Rindu sangat!!" Berapa ramai yang sanggup menyuapkan IBUnya? Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah IBUnya?
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin IBUnya?
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis IBUnya?
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis IBUnya?
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga IBUnya?
Dan akhir sekali, berapa ramai yang sembahyang JENAZAH IBUnya?
Seorang anak mendapatkan ibu nya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak, lalu membaca nya. Kos upah membantu ibu: 1)Tolong pergi kedai:RM4.00 2)Tolong jaga adik:RM4.00 3)Tolong buang smpah:RM1.OO 4)Tolong kemas bilik:RM2.00 5)Tolong siram bunga:RM3.00 6)Tolong sapu sampah:RM3.00 JUMLAH:RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di minda nya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama: 1)Kos mengandungkanmu selama 9 bulan=PERCUMA. 2)Kos berjaga malam kerana menjagamu=PERCUMA. 3)Kos air mata yang menitis keranamu=PERCUMA. 4)Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu=PERCUMA. 5)Kos menyediakan, makan, minum, pakaian dan keperluanmu=PERCUMA. JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU=PERCUMA. Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluk nya dan berkata: "saya SAYANGkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "TELAH DI BAYAR" pada muka surat yang sama di tulis nya. |