Selamat Datang :)
HOME ABOUT FRENZ STORY FCBOOK Tweet

10 Perkara yang membuatkan lelaki menangis
Saturday, July 7, 2012 - Permalink - 0 Comments




Lelaki menangis? Hmm...mungkin sesuatu yang jarang terlihat ada seorang lelaki menangis. Menangis akan membuatkan lelaki itu kelihatan lemah di hadapan wanita. Tapi ada kalanya juga lelaki menangis, seperti ketika ia ditinggalkan oleh orang yang paling disayanginya. Jadi huru-hara.

1.Kematian Orang yang Di Cintai:
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.

2.Kematian Haiwan Peliharaan:
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.

3.Melihat Orang Yang Di Sayanginya Sengsara:
Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya ternyata mengambil dadah, atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.

4.Mengecewakan Keluarga Atau Orang Terdekat:
Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana diketahui berkhalwat. Ya, membuat kekasih atau orang terdekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.

5.Dicampakkan:
Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain, akan membuatkan harga dirinya turun drastik. Dia merasa egonya telah terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya lebih lama lagi.

6.Pasukan Sukan Kegemarannya Kalah:
Sebahagian besar lelaki merupakan peminat berat jenis dan pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Kecintaan yang fanatik akan pasukan pilihan, kadang-kadang boleh membuatkan seseorang bertindak di luar nanar. Termasuk menangis kecewa kerana pasukan jagoannya kalah.

 
7.Membuat Orang Tuanya Bangga:
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat rona bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.

8.Ketika Lamarannya Diterima:
Tidak ada jawapan yang lebih diinginkan lelaki selain kata:"Ya, aku bersedia" ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih sahaja, tetapi, juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satu nya, boleh menikahi wanita yang dicintainya.

9.Saat Berkahwin:
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting di dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.

10.Kelahiran Anak Pertama:
Banyak lelaki yang merasa tersekat apabila melihat kelahiran anak pertamanya. Perasaan bahagia biasanya akan semakin kuat ketika ia menyaksikan prosesi dari awal lagi sehinggalah bayinya lahir.