|
Perempuan
Siapa kata jadi PEREMPUAN senang??
Nak kena tutup sana...tutup sini...
Tengok budak lelaki...
Pakai baju pagoda pun orang tak bising...
PEREMPUAN stoking pun kene pakai...
Cuba suruh budak laki jadi PEREMPUAN 1 hari...
Kompom tak tahan bertutup semua...
Tapi PEREMPUAN c0ol jerk...
Tengah panas pun boleh pakai jubah...
Hebatkan PEREMPUAN!!
Siapa kata jadi PEREMPUAN tu senang??
Tiap-tiap bulan mesti ada penyakit...
Nak pergi kelaz pun susah...
Kalau boleh, masa tengah berjalan tu nak je meraung sebab sakit...
Cuba tengok budak lelaki...
Selamber je...
Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat...
Tapi PEREMPUAN hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je...
Tengah sakit pun boleh senyum lagi, sampai orang pun tak perasan yang dia sakit...
Hebatkan jadi PEREMPUAN!!
Siapa kata jadi PEREMPUAN tu senang??
Hati ni ALLAH jadikan lembut betul...
Cepat je sensetif...
Cuba tengok orang putus cinta...
Selalu perempuan yang paling susah nak lupe...
Lelaki lepas putus cinta...
Cepat je pasang baru...
Cuba pergi tengok wayang cerita hindustan...
Siapa paling teruk menangis??
PEREMPUAN kan??
Lelaki boleh gelak-gelak lagi...
Lembutnya hati PEREMPUAN...
Tapi, dengan hati yang lembut tu, PEREMPUAN dapat mengagumkan lelaki...
Hebat tak jadi PEREMPUAN??
Disebabkan susahnya nak jadi PEREMPUAN ni la...
Ramai PEREMPUAN yang merajuk dengan ALLAH...
Diaorang cakap ALLAH tak adil...
Kenapa ALLAH lebihkan lelaki??
Kenapa PEREMPUAN kena dengar cakap suami??
Kenapa syurga PEREMPUAN terletak dibawah kaki suami??
Padahal jadi PEREMPUAN tu sangatlah susah...
Bak kata orang...
Nak jaga 10 orang anak lelaki tak susah macam nak jaga seorang anak PEREMPUAN...
Dan disebabkan perasaan negatif pada ALLAH...
Ramai PEREMPUAN kat luar sana yang bebel...
Dieorang pakai pakaian yang tak menutup aurat dengan alasan
"Lelaki tak payah tutup aurat pun"
Diaorang berani bertepuk tampar dengan lelaki...
Diaorang sanggup gadaikan diri dieorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati...
Kesian kan kat dieorang??
Disebabkan fikiran dieorang yang negatif terhadap ALLAH...
Dieorang sanggup rosakkan diri dieorang...
Dieorang cakap macam tu sebab ALLAH tak adil...
Persoalannya sekarang...
Betul ke ALLAH tak adil dengan PEREMPUAN??
Betul, syurga PEREMPUAN terletak dikaki suami...
Tetapi...
Cuba ingat balik...
Syurga seorang anak lelaki terletak dibawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya??
Betul, isteri kena ikut cakap suaminya...
Tetapi...
Seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya...
Tak adil lagikah ALLAH pada PEREMPUAN??
Untuk lelaki...
Syurga isterinya terletak dibawah kakinya...
Kalau ada 4 isteri...
Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu...
Tapi PEREMPUAN...
Ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki...
Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang PEREMPUAN itu...
MasyaALLAH, hebatnya PEREMPUAN kan??
Kenapa PEREMPUAN hebat??
Sebab kasih sayang ALLAH yang jadikan kita hebat...
Cuba dengar pula lagu-lagu kat radio...
Banyak lagu pasal perempuan kan??
Contohnya macam SUMAIYYAH...
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki...
Sayang nya ALLAH dekat PEREMPUAN...
Sampai PEREMPUAN tu dikasihi macam tu sekali dekat dunia...
Tengok pula...
Bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap...
"Disebalik kejayaan seorang lelaki, terdapat seorang PEREMPUAN dibelakangnya"
Kita tak pernah dengar orang cakap...
"Disebalik kejayaan seorang PEREMPUAN, terdapat seorang lelaki dibelakangnya"
kan??
Hebat tak ALLAH jadikan PEREMPUAN tu??
Masih tak adil lagikah ALLAH pada PEREMPUAN??
ALLAH sebenarnya terlampau adil pada PEREMPUAN...
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi PEREMPUAN ni
PEREMPUAN senang masuk syurga...
Tengok hadis ni...
"Apabila seorang PEREMPUAN mendirikan sembahyang 5 waktu, berpuasa sebulan dibulan RAMADHAN, menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai"
(Hadis riwayat Ahmad)
Tak adil lagikah ALLAH pada PEREMPUAN??
0h PEREMPUAN...
Sedarlah...
Betapa sayangnya ALLAH pada kita...
Betapa cintanya ALLAH pada kita...
Tetapi!!!
Kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat ALLAH??
ALLAH jadikan PEREMPUAN itu sebagai hiasan dunia...
Bayangkan...
Dunia yang besar ini...
Dunia yang cantik ini...
Kita jadi hiasan...
Dan seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah...
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan??
#Sekadar perkongsian bersama#
~Wahai kaum Adam...
Hargailah wanita yang sentiasa berada disisimu...
Bimbinglah dia, Kalau dia silap langkahnya...
Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak...
Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya...
Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu...
Lindungi dia dari fitnah dunia...
Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi~
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya...
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu kepandaiannya...
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya...
Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya...
Tapi kecantikan wanita sejatinya terdapat pada diri wanita itu sendiri...
Ada orang kata...
"Nak berubah, tak boleh nak sikit-sikit...
Kena berubah terus menjadi "sempurna"...
Sebab mati bila-bila masa"
Ya betul...
Mati tak diduga oleh sesiapa...
Tapi nak berubah bukanlah suatu perkara yang mudah...
Ia sangat sukar...
Nak menukar penampilan mahupun tabiat yang sekian lama kita amalkan...
Tiba-tiba nak bertukar kepada yang lain...
Susah kan??
Kepada kaum lelaki yang tidak memahami perubahan wanita...
"Dari tidak bertudung-bertudung singkat-bertudung labuh"
Tidak perlu berkata membuta tuli..
Hakikatnya seorang lelaki
Contohnya yang dah biasa merokok...
Boleh ke sekelip mata meninggalkan rokok itu??
Tentu susahkan??
Bukan statement bias kepada mana-mana jantina...
Tetapi fahamilah bahawa...
"Berubah itu tidak mudah"
Sekiranya seseorang itu timbul kesedaran untuk berubah...
Itu sudah satu perkara yang sangat baik...
Jangan sesekali kita MEMANDANG RENDAH kepada mereka yang ingin mengubah dirinya...
Menjadi lebih baik suatu hari nanti...
Dia lebih ALIM berbanding kita...
Yang paling penting ialah...
Pengakhiran hidup seseorang manusia...
Jadi...
Manusia tidak perlu sentiasa memandang rendah kepada orang lain...
Bantu dan sokong mereka yang ingin berubah...
Tunjukkan jalan dan contoh tauladan yang baik...
Ramai manusia yang mungkin sudah hilang sifat "Empati"
Empati bermaksud dapat merasakan apa yang orang lain rasa...
Ramai yang hanya tahu menghukum...
Tetapi tak ramai yang membantu...
Mereka yang ingin berubah...
Masih terkapai-kapai mencari arah dan jalan yang lurus...
Akibat daripada manusia yang tiada empati dalam diri...
Menyebabkan niat mereka untuk menjadi lebih baik "Terbantut"...
Salah siapa??
"Kepada yang ingin berubah...
Carilah seseorang yang dapat memahami...
Menyokong...
Dan membantu dirimu!!"
TERUSKAN BERUBAH!!
| |