Selamat Datang :)
HOME ABOUT FRENZ STORY FCBOOK Tweet

Kisah Yang Mungkin Nyata
Tuesday, August 14, 2012 - Permalink - 0 Comments


Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepas penat.
 Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
 Sementara anak-anak & isteri sedang berkumpul diruang tengah. 
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat di muka ku. 
Selang beberapa lama, seorang yang tak tampak mukanya, berjubah putih dengan tongkat ditangannya, tiba-tiba sudah berdiri di depan mataku. 
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba. 
Sebelum sempat bertanya.. Siapa dia.. Tiba-tiba aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas. 
Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. 
Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan-pelan dari dada ku.. Terus berjalan.. Ke kerongkongku.. Sakittt.. Sakit.. Rasanya.
 Keluar airmataku menahan rasa sakitnya.. 
Oh TUHAN apa yang telah berlaku pada diriku.. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... Kkhh.. Khhh.. Kerongkonganku berbunyi. 
Sakit rasanya, amat teramat sakit.. 
Seolah tak mampu aku menahan benda tadi.. Badanku gementar... Peluh keringat meluncur deras.. Mataku terbelalak.. Air mataku seolah tak berhenti. 
Tangan dan kakiku kejang-kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. 
Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu.. Pergi.. Berlalu begitu sahaja... Hilang dari pandangan. 
Namun setelah itu... Aku merasa aku jauh lebih ringan, sihat, segar ,cerah... Tidak seperti biasanya. Aku heran... Isteri dan anak-anakku yang sedari tadi ada ruang tengah, tiba-tiba terkejut berhamburan ke arahku.. 
Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. 
Siapa dia?? 
Mengapa anak-anakku dan isteriku memeluknya sambil menangis.. Mereka menjerit.. Histeria.... Terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi.. 
Siapa dia?? 
Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia... Dia... Dia mirip dengan aku.... Ada apa ni TUHAN??? 
Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu.... Aku cuba pula untuk merangkul anak-anakku tetapi tidak berjaya. 
Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. 
Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. 
Aku mulai berteriak..... Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. 
Seolah mereka tak melihatku..
 Dan mereka terus-menerus menangis.. Aku sedar.. Aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.. 
Aku telah mati.. Aku telah mati. 
Aku telah meninggalkan mereka.. Tak kuasa ku menangis.. Berteriak... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. 
Aku sangat sedih.. Selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. 
Tapi waktuku telah habis.. Masaku telah terlewat... Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. 
Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluargaku dan lain-lain. 
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. 
Aku mati dalam keadaan belum solat. 
Oh TUHAN, jika kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia. 
Kerana aku masih mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa dan berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada dalam keadaan yang lebih bersedia. 
Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintaklah mereka untuk melakukan hal yang sama. 
Ini bukan surat ancaman berantai. 
Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia-siakan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih. 
Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-ALLAH anda akan menuai kebaikan. 
Mari berlumba dalam kebaikan. 
Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubah diri meraka...