Selamat Datang :)
HOME ABOUT FRENZ STORY FCBOOK Tweet

Petua Jadi Kacak & Cantik Menurut Islam
Thursday, December 27, 2012 - Permalink - 2 Comments







Semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan, lagi-lagi pada paras rupa. Namun, tidak semua sedar bahawa amalan yang cantik akan menzahirkan rupa yang cantik.

Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala pun dapat!

1.Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.

2.Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyaklah solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan ALLAH S.W.T melalui zikir dan doa.

3.Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' "Allahumma kama hassanta khalqii fahassin khuluqii" (Ya ALLAH, sebagaimana ENGKAU telah memperindah kejadianku, maka perindahkanlah pula akhlaqku). -hr. Ahmad.
~Doa tengok cermin~

4.Untuk mempunyai bibir yang cantik,  bisikkan kalimat-kalimat ALLAH, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabbur.

5.Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti nabi Daud a.s ialah selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan dan air putih.

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN..!