♥ Puisi Pemilik Cintaku ♥
Ku Lihat Di Kanan Kiriku Pasangan,
Jalan Berpegangan Tangan Tanpa Ikatan,
Bertemu Bercanda Tanpa Halangan,
Sedang Aku Sendiri Tanpa Teman.
Aku Manusia Juga,
Yang Punya Perasaan Di Jiwa,
Ada Rasa Sama seperti Mereka,
Mahu Dicintai Dan Mencintai,
Aku Bukan Robot Tanpa Hati.
TEMAN HATIKU...
Aku Pasti Kau Juga Sepertiku,
Bukan Tidak Terusik Jiwamu,
Dirimu Lebih Halus Dan Tulus Dari Segala,
Bila Mudahnya Dunia Merayakan Makna Cinta,
Kita Pula Duduk Berjauhan Tanpa Itu Semua.
Ya, Memang Aku Cemburu,
Tapi Tidak Aku Peduli Semua Itu,
Aku Tidak Akan Pernah Bahagia,
Merayakan Erti Cinta Yang Sama Seperti Dunia.
TEMAN JIWAKU...
Cinta Aku Untukmu,
Tidak Akan Aku Ikat Dengan Maksiat,
Biar Aku Dirikan Mahligai Cinta Itu,
Dengan Ikatan Akhirat.
Cinta Aku Untukmu,
Tidak Akanku Biar Dicemari Wajah Dosa,
Biarlah Cintaku Itu,
Bawa Dirimu Ke Syurga Sana.
Benar Bukan Dusta,
Cintaku Bukan Berharga Dunia,
Meski Berbunga-bunga Rasa Di Jiwa,
Tetap aku Tunggu Hingga Masanya,
Untuk Ku Zahirkan Padamu,
Bahawa Kaulah Pemilik Cintaku.
~Afdholul Rahman CA Irbid Puisi Pemilik Cintaku 0815 (Jordan)
•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ ♥♥`*•.¸¸.•*(¸.•'´*¤* `'•.¸)`*•.¸¸.•*♥♥ ♥♥`*•.¸¸.•*(¸.•'´*¤* `'•.¸)`*•.¸¸.•*♥♥ ───────────────█─█────── ──────████──█──█─█────── ──────█──█──█──█─█────── ──────████──█──█─█────── ─────────███████─█────── ♥♥`*•.¸¸.•*(¸.•'´*¤* `'•.¸)`*•.¸¸.•*♥♥ ♥♥`*•.¸¸.•*(¸.•'´*¤* `'•.¸)`*•.¸¸.•*♥♥
Biarlah kita GAGAL dalam BERCINTA, usah kita GAGAL dalam BERAGAMA.
Namun apabila kita LULUS dalam BERAGAMA, insyaAllah kita juga akan LULUS dalam BERCINTA.
AGAMA itu lengkap kerana CINTA ada di dalamnya, tetapi CINTA tidak lengkap kerana tiada AGAMA dalamnya.
| |